Thursday, 18 September 2014

Cucur Kelapa Pisang

Posted by nur aina shuhaimi at 09:42 0 comments
Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.

Bahan-bahan :


  1. 1 cawan l kelapa parut muda
  2. 1 cawan pisang lenyek
  3. 2 cawan tepung gandum
  4. 2 sudu teh serbuk penaik
  5. 1/2 sudu teh garam
  6. Minyak bagi menggoreng
Cara membuat :

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.
  2. Panaskan minyak dan jemput adunan dengan hujung jari ke dalam kuali.
  3. Balikkan gorengan hingga kuning keemasan dan angkat.
  4. Hidangkan semasa panas.


SELAMAT MENCUBA!

Daging Goreng Pataya

Posted by nur aina shuhaimi at 09:37 0 comments
Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.

Bahan A :


  1. 500 gram daging (dihiris nipis)
  2. 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  3. 4 helai daun limau purut
  4. Daun ketumbar (dipotong pendek)
  5. 2 batang serai (dititik)
  6. 5 helai daun limau purut
  7. 1 biji limau nipis
  8. 1 biji tomato (dipotong dadu)
  9. 2 sudu makan minyak masak
Bahan B : (ditumbuk)

  1. 3 biji cili merah
  2. 10 biji cili api
  3. 3 biji bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
Cara membuat :

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai dan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan daging, tomato, daun limau purut, serai, dan bawang besar.
  3. Kacau rata dan tutupkan api.
  4. Perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan hidangkan.


SELAMAT MENCUBA!

Sotong Masak Lada Hitam

Posted by nur aina shuhaimi at 09:26 0 comments






Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.


Bahan A :

  1. 300 gram sotong (dipotong kecil)
  2. 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  3. 3 sudu makan sos lada hitam
  4. 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
  5. 1 pokok daun bawang
  6. Garam (sekiranya perlu)
Bahan B :

  1. 3 biji bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 biji cili merah
Cara membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
  2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, dan sos lada hitam.
  3. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Tutupkan api dan tabur daun bawang.
  5. Sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Pengangan Putih Telur

Posted by nur aina shuhaimi at 09:02 0 comments







Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.


Bahan-bahan :

  1. 5 biji putih telur
  2. 250 ml santan
  3. 150 gram gula pasir
  4. 50 gram tepung pulut
  5. 100 gram tepung beras
  6. 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuat :

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata.
  2. Tapiskan ke dalam kuali tidak lekat (non-stik) dan kacau atas api sederhana sehingga masak dan berkilat. Tutup api.
  3. Bentukkan mengikut kreativiti sendiri.
  4. sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Ayam Masak Gajus

Posted by nur aina shuhaimi at 08:42 0 comments






Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.

Bahan A :

  1. 600 gram isi ayam (dipotong dadu)
  2. 1 sudu makan tepung jagung
  3. 1 sudu teh garam

Bahan B :

  1. 100 gram kacang gajus gores
  2. 3 tangkai cili kering (dipotong)
  3. 2 labu banwang besar holland (dipotong dadu kasar)
  4. 4 ulas bawang putih (dihiris)
  5. 2 inci halia (dihiris)
  6. 1 biji capsicum hijau
  7. 3 sudu makan sos tiram
  8. 2 sudu makan sos tomato
  9. 1/4 cawan air
  10. 2 sudu makan minyak masak

Cara membuat :

  1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng lada kering sehingga garing dan ketepikan,
  4. Tumis halia dan bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar.
  5. Masukkan capsicum, isi ayam, sos tiram, sos tomato, dan sedikit air.
  6. Biarkan kering dan tutup api.
  7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  8. Sediakan hidangan.



SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 27 August 2014

First.

Posted by nur aina shuhaimi at 20:50 0 comments
First post for my new blog. Introduce, this blog is for " kemahiran belajar's assignment" .
 

A E I O YOU ! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting