Hai ! Assalamualaikum. Okay, kali ini saya nak kongsi rahsia bunga cengkih pula. Typical masakan orang-orang Malaysia, selalunya kita akan menggunkan cengkih ini dalam masakan kari, bubur lambuk, nasi beriyani dan selalunya diletakkan di dalam sup. Tanpa kita sedari, bunga cengkih banyak memberi 10001 manfaat kepada kita selain bertindak mewangi dan menyedapkan masakan.
- Sifat memadam rembasan penyakit yang berkuasa
- Cengkih digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. berkumuh dengan minyak cengkih dapat membantu masalah tekak dan nafas berbau.
- Bantuan berkesan bagi keracunan makanan. Minyak cengkih dengan berkesan membunuh pelbagai bentuk jangkitan bakteria disebabkan dari makanan tercemar.
- Minyak cengkih boleh digunakan untuk mengurang jangkitan, luka, gigitan serangga dan sengatan.
- Bantuan terbaik bagi masalah kulit, seperti jerawat.
- Minyak cengkih merangsang sistem peredaran darah, membersihkan minda dan mengurangkan keletihan mental dan keletihan badan. Ia juga digunakan untuk membantu masalah tidak mampu tidur (insomnia), kehilangan ingatan, kebimbangan dan kemurungan.
- Minyak cengkih membersih saluran pernafasan, bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan resdung, batuk dan asma.
- Cengkih bukan sahaja membersihkan darah, tetapi turut membantu dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, dan mungkin mempunyai manafaat untuk pesakit kencing manis.
- Sifat antivirus dan pembersihan Cengkih, membersihkan badan, Menambahkan rintangan penyakit.
- Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa cengkih berguna sebagai bantuan untuk ejakulasi pra-matang.
- Minyak cengkih menghasilkan tindak-balas kuat terhadap angin dan kembung berut. Ia mengurangkan tekanan angin di dalam perut, membantu penghadaman makanan dengan betul dan mengeluarkan toksik. Ia juga melegakan ketidak-selesaan ulser peptik. Berkesan bagi masalahan perut termasuk loya, tersedu, mabuk dan muntah-muntah
- Kajian awal menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh memainkan peranan chemopreventative, terutamanya dalam kes-kes paru-paru, kulit dan kanser usus
- Minyak aktif penting dalam cengkih, eugenol, telah menunjukkan kemampuan bertindak secara berkesan sebagai perencat platelet, mencegah darah beku
- Kajian menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh mencegah keracunan yang berkaitan dengan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar.
0 comments:
Post a Comment