Showing posts with label Rahsia Bahan Masakan. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Bahan Masakan. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Cengkih

Posted by nur aina shuhaimi at 00:30 0 comments
Hai ! Assalamualaikum. Okay, kali ini  saya nak kongsi rahsia bunga cengkih pula. Typical masakan orang-orang Malaysia, selalunya kita akan menggunkan cengkih ini dalam masakan kari, bubur lambuk, nasi beriyani dan selalunya diletakkan di dalam sup. Tanpa kita sedari, bunga cengkih banyak memberi 10001 manfaat kepada kita selain bertindak mewangi dan menyedapkan masakan.





  •   Sifat memadam rembasan penyakit yang berkuasa

  •   Cengkih digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. berkumuh dengan minyak cengkih dapat membantu masalah tekak dan nafas berbau.

  •   Bantuan berkesan bagi keracunan makanan. Minyak cengkih dengan berkesan membunuh pelbagai bentuk jangkitan bakteria disebabkan dari makanan tercemar.

  •   Minyak cengkih boleh digunakan untuk mengurang jangkitan, luka, gigitan serangga dan sengatan.

  •   Bantuan terbaik bagi masalah kulit, seperti jerawat.

  •   Minyak cengkih merangsang sistem peredaran darah, membersihkan minda dan mengurangkan keletihan mental dan keletihan badan. Ia juga digunakan untuk membantu masalah tidak mampu tidur (insomnia), kehilangan ingatan, kebimbangan dan kemurungan.

  •   Minyak cengkih membersih saluran pernafasan, bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan resdung, batuk dan asma.

  •   Cengkih bukan sahaja membersihkan darah, tetapi turut membantu dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, dan mungkin mempunyai manafaat untuk pesakit kencing manis.

  •   Sifat antivirus dan pembersihan Cengkih, membersihkan badan, Menambahkan rintangan penyakit.

  •   Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa cengkih berguna sebagai bantuan untuk ejakulasi pra-matang.

  •   Minyak cengkih menghasilkan tindak-balas kuat terhadap angin dan kembung berut. Ia mengurangkan tekanan angin di dalam perut, membantu penghadaman makanan dengan betul dan mengeluarkan toksik. Ia juga melegakan ketidak-selesaan ulser peptik. Berkesan bagi masalahan perut termasuk loya, tersedu, mabuk dan muntah-muntah

  •   Kajian awal menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh memainkan peranan chemopreventative, terutamanya dalam kes-kes paru-paru, kulit dan kanser usus

  •   Minyak aktif penting dalam cengkih, eugenol, telah menunjukkan kemampuan bertindak secara berkesan sebagai perencat platelet, mencegah darah beku

  •   Kajian menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh mencegah keracunan yang berkaitan dengan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar.

Sunday, 19 October 2014

Bawang Putih

Posted by nur aina shuhaimi at 20:16 0 comments
Assalamualaikum fellas. Hari ini saya nak kongsi suatu rahsia tentang bawang putih. Siapa yang suka makan bawang putih kat sini? Berita baik untuk anda !!! Siapa yang tak suka makan bawang putih pulak? Okay, itu saya. Harap post ni dapat mentarbiyyah saya dan anda yang tak suka makan bawang putih, eheh.








1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

* SUMBER : http://www.imi.gov.my/puspanita/index.php/tips-kesihatan/2-uncategorised/43-8-rahsia-bawang-putih

Thursday, 18 September 2014

Halia

Posted by nur aina shuhaimi at 17:59 0 comments
Assalamualaikum. Why so serious? Asyik pasal resepi ja, takda benda lain ke nak post? Lulz. Okay here i go today a little bit briefing about Halia. 





(For those yang tak tahu how Halia look like. Halia ni macam Transformer, boleh dijadikan pelbagai bentuk dan kegunaan)





Halia mengandungi sehingga 3% minyak pati yang menghasilkan haruman unik. Halia digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan. Halia boleh direbus dan di campur ke dalam teh untuk dijadikan teh halia serta dimaniskan dengan menambah madu. Halia sering menjadi bahan rempah dalam masakan Cina terutamanya makanan laut dan daging kambing.
 

A E I O YOU ! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting