Thursday, 18 September 2014

Sotong Masak Lada Hitam

Posted by nur aina shuhaimi at 09:26






Hello peeps! Assalamualaikum. Disini saya akan berkongsi resepi yang dipetik daripada buku 1 Hari 1 Resepi karya Chef Hanieliza.


Bahan A :

  1. 300 gram sotong (dipotong kecil)
  2. 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  3. 3 sudu makan sos lada hitam
  4. 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
  5. 1 pokok daun bawang
  6. Garam (sekiranya perlu)
Bahan B :

  1. 3 biji bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 biji cili merah
Cara membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
  2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, dan sos lada hitam.
  3. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Tutupkan api dan tabur daun bawang.
  5. Sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

Post a Comment

 

A E I O YOU ! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting