Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Islamophobia

Posted by nur aina shuhaimi at 15:57 0 comments
Islamophobia? Perkataan ini adalah perkataan yang diadakan oleh pihak yang membenci Islam. Setelah kejadian 9/11, Islamophobia semakin menjadi-jadi di negara barat. Tetapi, itu dulu. Sekarang masyarakat sudah dapat menilai yang mana di jalan yang betul dan mana yang salah. in sha Allah, perkongsian video ini dapat membuka mata kita semua, apa yang berlaku di negara barat. :)






Jokowi

Posted by nur aina shuhaimi at 00:15 0 comments
Assalamualaikum semua :) Baca berita tak hari ini? Hari ini, negara jiran kita menerima presiden baru. Beliau ialah Joko Widodo. Jom kita telerusi kisah hidup beliau yakni "Dulu hidup susah, kini Presiden Indonesia". Berita ini di petik dari Berita Terkini Astro Awani (http://www.astroawani.com/news/show/jokowi-dulu-hidup-susah-kini-presiden-indonesia-46521?cp)




Joko Widodo atau lebih mesra dikenali dengan nama timangannya, Jokowi dilahirkan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada 21 Jun, 1961.

Beliau dibesarkan di sebuah pondok buluh di Pulau Jawa sebagai rakyat biasa, sehingga menjadi ahli politik yang disukai ramai.

Kini, Jokowi bakal menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh. Dengan penampilan cukup sederhana Jokowi disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Anak kepada pasangan Noto Mihardjo dan Sujiatmi Notomiharjo itu, mendapat ijazah pertama dari Fakulti Kehutanan Universiti Gadjah Mada, dan seterusnya menjadi pengusaha perabut.

Karier politiknya bermula pada tahun 2005 apabila beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Solo yang ke-16.

Semasa menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Solo, Jokowi amat terkenal dengan sifat mesra rakyat membuatkan ramai yang menyenangi kepimpinannya.

Antara kejayaan beliau termasuk mempromosikan Solo sebagai pusat kebudayaan Jawa dan pelancongan, perniagaan dan program insurans untuk rakyat.

Ketika mentadbir, Jokowi mengangkat prinsip ketelusan dan integriti dengan melarang ahli keluarganya daripada membida untuk apa sahaja projek pembangunan bandar.

Pada tahun 2012 pula, Jokowi dilantik pula sebagai gabenor Jakarta yang ke-15.

Beliau konsisten dengan pendekatan mesra rakyat termasuk lawatan mengejut untuk mendengar masalah dan isu setempat.

Gadingan Jokowi dengan timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, dikatakan gadingan yang amat serasi.

Menurut lamanbisnis.com, Jokowi mengaku bahawa beliau tidak pernah bermimpi menjadi seorang pemimpin, apatah lagi menjadi seorang presiden.

Kata Jokowi, ini kerana suatu ketika dahulu beliau pernah hidup susah. Namun kata beliau, seseorang yang miskin tidak bermakna dia boleh mempunyai mimpi atau cita-cita.

Namun, disebabkan hidupnya yang susah itulah yang mendorong dirinya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan kawasan yang dipimpinnya.

Malah di Jakarta, Jokowi meneruskan polisi termasuk program kesihatan menyeluruh, program pendidikan untuk anak-anak miskin serta penambahbaikan pengangkutan awam.

Selain daripada itu, beliau turut menekankan kepada ketelusan sistem pengurusan kewangan wilayah dan program tebatan banjir.

Kepimpinannya mendapat perhatian Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Megawati Sukarnoputri memberikan mandat menyokong pelantikan Jokowi sebagai calon presiden Indonesia.

Jokowi, bersama calon naib presiden Jusuf Kala diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden Indonesia (Pilpres 2014) pada 22 Julai dengan kemenangan 53 peratus undi popular menentang calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerindra.

Sepanjang karier politiknya, Jokowi menerima beberapa anugerah termasuk Datuk Bandar ketiga terbaik dunia atas usaha transformasi Solo sebagai pusat budaya serta pelancongan.

Selain itu, beliau turut tersenarai antara 50 pemimpin utama dunia oleh majalah Fortune pada 2014.



Friday, 19 September 2014

MALAYSIA di sini lahirnya sebuah cinta ~

Posted by nur aina shuhaimi at 19:24 0 comments
Hello, Assalamualikum. Yeappp, harini post saya berunsur patriotik. Apa yang membuatkan saya nak post pasal patriotik ini adalah kerana sedang saya mencari-cari video apa yang menarik untuk ditonton di youtube, saya terjumpa suatu video yang membuatkan saya rasa bangga akan rakyat Malaysia dan juga bangga menjadi salah satunya.






Awesome, isnt it? Have your heart grows more love for Malaysia?



Selamat Hari Malaysia!

 

A E I O YOU ! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting